CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAJLIS DAERAH MERSING

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Johor Darul Ta'zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Daerah Mersing :-

1. Pembantu Undang-Undang (Fajar Able Parking Johor) L29
2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
3. Juruteknik J17
4. Juruteknik Landskap J17
5. Pembantu Penguatkuasa N17
6.Pegawai Khidmat Pelanggan N17

Cara memohon :
Semua permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab A Bil.17.

Semua permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Mersing pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 sekeping atau mengemukakan sampul surat berukuran 10cmx23cm beralamat sendiri bersetem RM0.50 dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang/wang pos.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, sijilsijil persekolahan, sijil berhenti sekolah, dokumen-dokumen sokongan serta diakui sah dan sekeping gambar warna berukuran pasport ( tidak dikembalikan ) dan hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH MERSING
NO.243, JALAN IBRAHIM
86800 MERSING, JOHOR

pada atau sebelum 07 DISEMBER 2009

Baca Selanjutnya..

MAJLIS PERBANDARAN KLUANG





Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.

JAWATAN

1 Penolong Akauntan Gred W27 Tetap
2 Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 Tetap
3 Juruteknik Gred J17 Kontrak

PERMOHONAN

(a) Semua permohonan dan Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005

(b) Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang dengan harga RM 1.00 bagi setiap jawatan (mengikut jawatan yang dipohon) atau dengan menghantar sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen berserta Wang Pos bernilai RM 1.00 atau boleh dimuat turun melalui laman web http://mpkluang.gov.my.

(c) Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru berukuran pasport dan salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan transkrip penuh yang telah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.

(d) Semua permohonan hendaklah sampai di Pejabat

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
86000 KLUANG
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 30 NOVEMBER 2009

(e) Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
Maklumat lanjut klik sini

Baca Selanjutnya..

INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS)







Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

JAWATAN 1 : PEGAWAI PENYELIDIK
GRED : Q41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : KONTRAK

JAWATAN 2 : PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL
GRED : N41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : KONTRAK

JAWATAN 3 : PEGAWAI TADBIR
GRED : N41
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
STATUS : TETAP

JAWATAN 4 : PENOLONG PEGAWAI TADBIR
GRED : N27
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : TETAP

JAWATAN 5 : PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
GRED : N17
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN DAN
SOKONGAN
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : SAMBILAN

JAWATAN 6 : PEMANDU KENDERAAN
GRED : R3
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN MAHIR/SEPARUH
MAHIR/TIDAK MAHIR
KUMPULAN : SOKONGAN
STATUS : TETAP/KONTRAK

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

(a) Pemohon yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan/Saluran Tertentu di jabatannya.

(b) Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika mengunakan perkhidmatan pos).

(c) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my atau datang sendiri ke Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 125-135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my (Zurianti Bt. Zamrud).

(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta sijil-sijil akademik hendaklah
dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas atau melalui emel ke alamat : hr@miros.gov.my pada atau sebelum 2 Disember 2009.

(e) Hanya permohonan yang disenaraipendek akan dipanggil untuk temuduga. Sekiranya pemohon tidak menerima maklumbalas daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan tersebut dianggap TIDAK BERJAYA.

Baca Selanjutnya..

MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA






IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut.Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

Peluang Pekerjaan

1. Arkitek J41(2 kekosongan)

2. Pegawai Teknologi Maklumat F41(1 kekosongan)

3. Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41(1 kekosongan)

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping
di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang setiap hari bekerja mulai 19 November 2009 atau mengemukakan satu
sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos
RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web
MBPJ (www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta
dengan :-

(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat
permohonan.

PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian
Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3hb DISEMBER 2009 (KHAMIS)
Maklumat perjawatan klik sini

Baca Selanjutnya..

MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:

  1. AKAUNTAN GRED W41
  2. PENOLONG JURUUKUR BAHAN GRED J29

BORANG PERMOHONAN :
Menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati secara percuma di kaunter Majlis Perbandaran Alor Gajah pada waktu pejabat.

Borang yang telah diisi hendaklah ditulis nama jawatan sebelah kiri sampul surat dan dikirim ke alamat berikut :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
JALAN DATO' DOL SAID
78000 ALORA GAJAH, MELAKA

TARIKH TUTUP : 30 NOVEMBER 2009

Baca Selanjutnya..
 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top