CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAJLIS PERBANDARAN KANGAR


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan diberikan kepada rakyat Negeri Perlis Indera Kayangan) yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan di Majlis Perbandaran Kangar seperti berikut:

A. SKIM PERKHIDMATAN

1. Pegawai Teknologi Maklumat F41 Tetap

2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29 Tetap

3. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 Tetap

4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

5. Pembantu Kesihatan Awam U17 Tetap

CARA MEMOHON DAN SYARAT-SYARAT

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006 yang boleh didapati di Jabatan Pengurusan dan Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kangar,Perlis atau di Kaunter Kewangan, Jabatan Kewangan, Majlis Perbandaran Kangar, Perlis dengan harga RM1.00.

2. Pemohon juga boleh memohon Borang MPK.Ps 6 Pin. 1/2006 melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm X 32cm beralamat sendiri dan setem bernilai 50 sen (sila tulis nama jawatan yang dipohon disebelah kiri atas sampul surat) dan menyertakan Kiriman Wang/Wang Pos bernilai RM1.00 bagi setiap keping borang yang diperlukan.

3. Semua permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dengan disertakan bersama salinan Sijil/dokumendokumen yang telah disahkan (mengikut jawatan yang dipohon) seperti berikut :

(i). Kad Pengenalan ( depan dan belakang ),
(ii). Sijil Kelahiran,
(iii). Sijil Berhenti Sekolah,
(iv). Sijil / Diploma / Ijazah yang berkaitan,
(v). Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan
yang dipohon.

4. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan Pegawai-Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Bahagian III, Peraturan 17 dengan menyertakan dokumen-dokumen yang diakui sah seperti berikut :

(i). Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang kemaskini,
(ii). Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan, dan
(iii). Salinan surat kelulusan perisytiharan harta.

5. Permohonan daripada Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing.

D. TARIKH TUTUP IKLAN
Tarikh tutup permohonan pada 12 JUN 2009 ( JUMAAT ).

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top