CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA

MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA.

Kekosongan Jawatan

Pegawai Latihan E41 status tetap kekosongan 1
Penolong Pegawai Tadbir N27 status tetap kekosongan 1

Syarat Lantikan:

Jawatan 1:-
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T3); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T8) ; atau
(iv)Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T8) ; atau
(v) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T9) ; atau
(vi)Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia (Gaji permulaan ialah pada Gred E41: P1T10)
DAN (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pegawai Latihan Gred E41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Jawatan 2:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T1); atau
(ii) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T5); atau DAN (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu(termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan), Pengurus Stesen, Pemeriksa Cap Jari dan Penyelia Jurupakaian adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:-
(a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan

Cara Memohon
a) Sila muat turun borang yang disertakan.
b) Tarikh tutup permohonan ialah pada 26 April 2010

PERHATIAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima apa-apa pemberitahuan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top