CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAJLIS AMANAH RAKYAT



Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah (KKLW) mempelawa individu-individu yang berkelayakan, berwawasan, berfikiran
dinamik, mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan berdedikasi serta boleh menyumbang ke
arah kecemerlangan MARA untuk mengisi jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (Guru /Pensyarah MARA) di Institusi-institusi Pendidikan MARA.
Bertanggungjawab mengajar di Maktab Rendah Sains MARA, Kolej MARA,Kolej Profesional
MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA & Institut Kemahiran MARA bagi penempatan di seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak

i. Bahasa Inggeris
ii. Bahasa Melayu
iii. Bahasa Jepun
iv. Bahasa Jerman
v. Bahasa Mandarin
vi. Bahasa Perancis
vii. Bahasa Rusia
viii. Bahasa Sepanyol
ix. Sejarah
x. Geografi
xi. Kemahiran Hidup
xii. Matematik
xiii. Biologi
xiv. Fizik
xv. Kimia
xvi. Pendidikan Agama Islam
xvii. Seni Visual
xviii. Sains Komputer
xix. Pendidikan Jasmani & Kesihatan
xx. Bimbingan & Kaunseling
xxi. Pengurusan & Perniagaan
xxii. Business & Commercial Law
xxiii. Business Muamalat
xxiv. Marketing
xxv. Komputer
xxvi. Ekonomi
xxvii. Perakaunan
xxviii. Agro Business
xxix. Logistik
xxx. Landscape Design
xxxi. Sains Informatik
xxxii. Islamic Finance & Banking
xxxiii. Risk & Insurance
xxxiv. Graphi and Design
xxxv. International Trade
xxxvi. Bio Industri / Hoticulture

TARAF JAWATAN : Tetap / Sementara

CARA MEMOHON :

i) Permohonan hendaklah dibuat secara online yang boleh dilayari melalui laman
web MARA iaitu www.mara.gov.my. Tarikh permohonan dibuka dari 6
September 2009 hingga 27 September 2009.

ii) Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat
dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) hendaklah melengkapkan borang elektronik di laman web MARA.
Pemohon hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masingmasing
dan pastikan salinan sijil-sijil kelulusan yang disahkan dan lain-lain
dokumen, Kenyataan Perkhidmatan serta Laporan Prestasi Tahunan terkini di
bawa bersama – sama semasa temuduga.

iii) Bagi kakitangan yang sedang berkhidmat dengan MARA semua salinan sijil-sijil
kelulusan yang disahkan dan lain-lain keterangan peribadi beserta LAPORAN
SULIT KHAS yang di meteri oleh Ketua Jabatan masing-masing hendaklah
dibawa semasa temuduga.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN :

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta
pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

UMUR :

i) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
iklan di tutup.

ii) Pegawai sedang berkhidmat yang layak hendaklah berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.

FAEDAH PERKHIDMATAN

Selain daripada menerima gaji mengikut skim perkhidmatan di atas, pegawai-pegawai
yang dilantik juga akan menerima kemudahan-kemudahan lain seperti elaun-elaun yang
ditetapkan oleh kerajaan, kemudahan perubatan di hospital kerajaan dan klinik panel.
Disamping itu pegawai-pegawai juga berpeluang untuk menyambung pelajaran bagi
mempertingkatkan kerjaya. Kelayakan untuk menerima kemudahan ini tertakluk kepada
syarat-syarat yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

CARA PELAKSANAAN:

1. Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada
kriteria-kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

2. Calon-calon yang bersedia untuk ditempatkan di mana-mana Institusi
Pendidikan MARA di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak akan
dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.

3. Pemohon-pemohon yang layak sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga.

4. Calon – calon boleh menyemak tarikh dan tempat temuduga melalui laman web
MARA bermula pada 5 Oktober 2009.

5. Mereka yang tidak dihubungi dalam masa enam (6) bulan dari tarikh iklan di
keluarkan hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.

6. Pemohon yang mempunyai kelayakan Sijil / Diploma / Ijazah dari Institusi Luar
Negara dan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah membuat semakan
pengiktirafan kelayakan melalui laman web JPA iaitu : www.jpa.gov.my dan
hendaklah mengemukakan salinan pengiktirafan tersebut semasa temuduga nanti.

PERMOHONAN ONLINE

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top