CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur kurang daripada 45 tahun pada 31 Disember 2008 untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan bertaraf tetap/kontrak seperti berikut

  1. Pegawai Tadbir N41
  2. Akauntan W41
  3. Penolong Pegawai Tadbir N27
  4. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) N17
  6. Pegawai Khidmat Pelanggan N17
  7. Pembantu Akauntan W17
  8. Pemandu Kenderaan Bermotor R3

SYARAT-SYARAT UMUM

i. Calon memiliki kelayakan yang disyaratkan
ii. Warganegara Malaysia
iii. Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan.

IMBUHAN / ELAUN :

Selain daripada gaji bulanan, Imbuhan Tetap Khidmat Awam / Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Perumahan akan dibayar kepada calon yang layak.


PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan-jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


CARA MEMOHON

i. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (“ON-LINE”) di laman web PTPTN : www.ptptn.gov.my.

ii. Semua permohonan yang telah dibuat secara atas talian (“ON-LINE”) perlu mengemukakan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Kad Pengenalan, salinan surat beranak, salinan sijil-sijil akademik (Sijil berhenti sekolah, sijil SRP / PMR / SPM, transkrip & salinan Ijazah / Diploma / Sijil, dll) serta lain-lain dokumen yang berkaitan. (Perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua atau Guru Besar Sekolah / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).

iii. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa-kuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan kelulusan KPSL/ enyataan Perkhidmatan yang terkini.

iv. Bagi calon lepasan Institusi Pengajian Swasta atau Luar Negara perlu menyertakan salinan pengiktirafan kelayakan ijazah / diploma yang boleh diperolehi dari Unit Pengiktirafan Kelayakan, Jabatan Perkhidmatan Awam.

v. Salinan dokumen yang berkaitan boleh dikemukakan di alamat PTPTN sebelum atau pada
30 September 2009 :

Ketua Eksekutif
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 11
Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan
50490 Bukit Damansara
KUALA LUMPUR

PERMOHONAN YANG DITOLAK

Permohonan yang berikut akan ditolak :

i. Tidak memenuhi syarat yang ditetapkan;

ii. Tidak menyertakan gambar dan salinan sijil-sijil dan dokumen berkaitan serta salinan sijil-sijil dan dokumen yang berkaitan tidak disahkan oleh Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua atau Guru Besar Sekolah / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam;

iii. Salinan sijil-sijil dan dokumen berkaitan tidak disahkan;

iv. Tidak menulis nombor kad pengenalan dan nombor telefon;

v. Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi mereka yang sedang berkhidmat;

vi. Tidak menandatangani borang permohonan dan

vii. Diterima lewat daripada tarikh tutup permohonan iaitu sebelum atau pada 30 September 2009.


CATATAN AM

i. Calon yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan dan hanya calon-calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil untuk temuduga.

ii. Calon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

iii. Segala perbelanjaan yang berhubung dengan permohonan dan temuduga adalah di atas tanggungjawab sendiri.

iv. Hanya calon yang berjaya di dalam urusan temuduga akan dimaklumkan.

permohonan online klik sini
maklumat lanjut klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top