Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Kluang.
JAWATAN
1 Penolong Akauntan Gred W27 Tetap
2 Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 Tetap
3 Juruteknik Gred J17 Kontrak
PERMOHONAN
(a) Semua permohonan dan Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)2005
(b) Borang permohonan boleh didapati di Pejabat Majlis Perbandaran Kluang dengan harga RM 1.00 bagi setiap jawatan (mengikut jawatan yang dipohon) atau dengan menghantar sampul surat berukuran 10cm x 23cm yang beralamat sendiri dan bersetem 30 sen berserta Wang Pos bernilai RM 1.00 atau boleh dimuat turun melalui laman web http://mpkluang.gov.my.
(c) Semua permohonan hendaklah disertakan gambar terbaru berukuran pasport dan salinan Sijil/Diploma/Ijazah dan transkrip penuh yang telah disahkan benar oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun kumpulan A dan B /Penghulu Pegawai dalam Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman seperti Majistret/Peguam. Setiap pengesahan hendaklah dicop Nama, Jawatan dan Jabatan oleh pihak yang mengesahkan.
(d) Semua permohonan hendaklah sampai di Pejabat
MAJLIS PERBANDARAN KLUANG
JALAN PEJABAT KERAJAAN,
86000 KLUANG
(e) Hanya calon-calon yang ditapis untuk ditemuduga sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
Maklumat lanjut klik sini
0 ulasan:
Catat Ulasan