CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA






IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk membuat permohonan jawatan seperti berikut.Keutamaan diberi kepada rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan.

Peluang Pekerjaan

1. Arkitek J41(2 kekosongan)

2. Pegawai Teknologi Maklumat F41(1 kekosongan)

3. Pegawai Kawalan Alam Sekitar C41(1 kekosongan)

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis
Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ.BP 1/2002) yang dijual dengan harga RM5.00 sekeping
di Kaunter Bahagian Sumber Manusia, MBPJ bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30
petang setiap hari bekerja mulai 19 November 2009 atau mengemukakan satu
sampul surat bersaiz 32sm X 23sm yang beralamat sendiri, bersetem 40 sen dan Wang Pos
RM5.00 di atas nama Datuk Bandar MBPJ. Borang juga boleh dimuat turun dari Laman Web
MBPJ (www.mbpj.gov.my). Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar beserta
dengan :-

(a) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
(b) Salinan Sijil-sijil Persekolahan.
(c) Salinan Kelulusan Akademik (sila sertakan surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah dari IPTS dan luar negara – (jika yang berkenaan)
(d) Transkrip keputusan peperiksaan semua semester -(jika yang berkenaan)
(e) Sekeping gambar ukuran pasport (Warna).
(f) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat
permohonan.

PERHATIAN :
Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat mestilah membuat permohonan
melalui Ketua Jabatan mengikut Perintah Am Bab “A” dan pastikan Laporan Penilaian
Prestasi dan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini disertakan bersama.

PENTING :
(a) Borang Permohonan yang tidak lengkap diisi akan ditolak.
(b) Permohonan yang lewat akan ditolak.
(c) Hanya calon yang ditapis sahaja akan dipanggil temuduga.
(d) Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:-

DATUK BANDAR,
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA,
JALAN YONG SHOOK LIN,
46675 PETALING JAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p. : BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 3hb DISEMBER 2009 (KHAMIS)
Maklumat perjawatan klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top