CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:







LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA
NATIONAL TOBACCO BOARD (NTB)
(BADAN BERKANUN DI BAWAH KEMENTERIAN
PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI)
Iklan Jawatan Kosong
Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah
dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Tembakau Negara Malaysia bagi jawatanjawatan
seperti berikut:-

A. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED (E41)

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan Dan Profesional
Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
Jadual Gaji : P1T1 RM1693.06 - P1T27 RM4643.06
P2T1 RM1787.68 - P2T27 RM4921.33
P3T1 RM1886.48 - P3T27 RM5223.40
Taraf Jawatan : Tetap



1. Syarat-Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[Gaji permulaan ialah pada Gred E41;P1T3)]; atau
iii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.[Gaji permulaan ialah pada Gred E41;P1T5)]; atau
iv) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji permulaan ialah pada Gred E41;P1T8)]; atau
v) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred E41;P1T8)]; atau
vi) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred E41;P1T9)]; atau
vii) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia. [Gaji permulaan ialah pada Gred E41;P1T10)];
[Keutamaan diberi kepada calon dalam bidang Sains Pertanian, Perdagangan Antarabangsa dan Perkayuan/Biokomposit] DAN
b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

2. Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Ehwal
Ekonomi yang telah disahkan dalam perkhidmatan adalah layak dipertimbang
oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan
ke jawatan Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41, tertakluk kepada kekosongan
jawatan dengan syarat:-

a) (i) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (a) di atas; atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
b) berumur kurang dari 57 tahun pada tarikh lantikan

B. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED (E17)

Kumpulan Perkhidmatan: Sokongan
Klasifikasi Perkhidmatan: Ekonomi
Jadual Gaji : P1T1 RM821.89 - P1T24 RM2152.86
P2T1 RM873.32 - P2T24 RM2274.01
P3T1 RM926.26 - P3T24 RM2399.46
Taraf Jawatan : Tetap

1. Syarat-Syarat Lantikan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
ii) Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred E17:P1T8); DAN
b) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT UMUM

SYARAT LANTIKAN :
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

TEMPOH PERCUBAAN :
Calon-calon yang berjaya dan dilantik secara terus dalam jawatan adalah dikehendaki
berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN :
Calon-calon lantikan dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus
Induksi dan lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh Ketua
Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Tarikh Tutup Iklan pada 7 Februari 2010

Pembantu Am Pejabat Gred N1

Taraf Jawatan : TETAP
Jadual Gaji : P1T1 RM649.15 - P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 - P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 - P3T22 RM1661.82

2. Syarat-Syarat Lantikan :
i) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
ii) (a) berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan.
[Gaji permulaan ialah pada Gred N1:P1T2)

3. Syarat-Syarat Umum :
Pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim
Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat
ke atasnya dari masa ke semasa.

4. Kemudahan Dan Lain-Lain Elaun :
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM95.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM180.00
iii) Bantuan Sara Hidup : Tertakluk kepada penempatan pegawai
iv) Caruman KWSP dan Perkeso

5. Cara Memohon : Mereka yang berminat dan mempunyai kelayakan seperti tersebut di atas dikehendaki mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong yang boleh didapati di Ibu Pejabat LTN Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan atau Pejabat LTN Negeri/Kawasan yang berdekatan. Borang permohonan yang lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada 07 Februari 2010 ke alamat seperti di bawah. Permohonan yang tidak memenuhi syarat atau lewat diterima tidak akan dilayan. Sekiranya tuan tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan, permohonan tuan dianggap tidak berjaya.

KETUA PENGARAH
LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA
IBU PEJABAT LEMBAGA TEMBAKAU NEGARA
KUBANG KERIAN, PETI SURAT 198
15720 KOTA BHARU, KELANTAN
muat turun borang

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top