CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA


A. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan keutamaan diberikan kepada anak Negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka.
BIL.
JAWATAN
JADUAL GAJI
BIL.KEKOSONGAN
1.
PEGAWAI TADBIR GRED N41
P1T1 RM1,690.28 – P1T27 RM4,640.28
P2T1 RM1,784.90 – P2T27 RM4,918.55
P3T1 RM1,883.70 – P3T27 RM5,220.62
3
2.
AKAUNTAN GRED W41
P1T1 RM1,702.81 – P1T27 RM4,688.95
P2T1 RM1,798.82 – P2T27 RM4,968.61
P3T1 RM1,899.01 – P3T27 RM5,255.39
1
3.
PENOLONG PEGAWAI SENIBINA
GRED J29
P1T1 RM1,549.40 – P1T21 RM3,046.80
P2T1 RM1,620.49 – P2T21 RM3,241.90
P3T1 RM1,694.60 – P3T21 RM3,430.90
1
4.
PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
P1T1 RM 821.89 – P1T24 RM2,152.86
P2T1 RM 873.32 – P2T24 RM2,274.01
P3T1 RM 926.26 – P3T24 RM2,399.46
1
5.
JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
P1T1 RM 843.06 – P1T26 RM2,325.37
P2T1 RM 896.00 – P2T26 RM2,452.46
P3T1 RM 950.45 – P3T26 RM2,583.95
1
B.


SYARAT-SYARAT LANTIKAN DAN KELULUSAN

JAWATAN 1 - PEGAWAI TADBIR GRED N41
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N41:P1T3 = RM1,871.18)
dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. Taraf Jawatan : Tetap

JAWATAN 2 - AKAUNTAN GRED W41
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-instistusi
Pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(ii) Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T8); atau
(iii) Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T9); atau
(iv) Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W41:P1T10);
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajajran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  1. Taraf Jawatan : Kontrak

JAWATAN 3 - PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED J29
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Diploma dalam bidang Seni Bina yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29:P1T2);
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  1. Taraf Jawatan : Tetap

JAWATAN 4 - PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan
Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T2); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi
(Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T5); atau
(iv) sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W17:P1T9)
dan (d) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. Taraf Jawatan : Tetap

JAWATAN 5 - JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) sijil dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred J17:P1T9)
dan (d) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  1. Taraf Jawatan : Tetap

C.KUMPULAN PERKHIDMATAN : JAWATAN 1 & 2 : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL
JAWATAN 3, 4&5 : SOKONGAN

D.KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: JAWATAN 1 : PERKHIDMATAN PENTADBIRAN
DAN SOKONGAN

JAWATAN 2 & 4 : PERKHIDMATAN KEWANGAN
JAWATAN 3 & 5 : PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN

CARA-CARA MEMOHON :
1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka yang boleh didapati secara PERCUMA di Pejabat Unit Sumber Manusia, Aras 8, Menara MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
3. Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Pihak Berkuasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut (P.U.(A) 176/2005).
4. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka seperti alamat berikut :

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA
ARAS 4 - 11, MENARA MITC
JALAN KONVENSYEN, KOMPLEKS MITC
75450 AYER KEROH, MELAKA

TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 5 FEBRUARI 2010

CATATAN AM :
1. Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
3. Pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
4. Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
5. Pihak Perbadanan tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top