CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

GIATMARA SENDIRIAN BERHAD

GIATMARA SENDIRIAN BERHAD

GIATMARA Sendirian Berhad (GIATMARA) adalah merupakan sebuah syarikat yang
ditubuhkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). Objektif GIATMARA adalah
memberi latihan kemahiran kepada semua lapisan masyarakat di seluruh Malaysia dan di
luar negara.

Eksekutif Undang-Undang
(Kuala Lumpur - Ibu Pejabat GIATMARA)
Gred gaji : P1T1 RM 1,693.06 – P1T27 RM 4,643.06

Tanggungjawab :
• Melapor terus kepada Ketua Jabatan, Pembangunan Sumber Manusia (Ibu
Pejabat).
• Bertanggungjawab, dalam semua hal ehwal perundangan penambahbaikan dan
pembangunan organisasi.
• Membantu Ketua Jabatan dalam memantau dan menjaga segala urusan di bawah
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia untuk ibu pejabat dan semua pejabat
GIATMARA seluruh Malaysia.
• Membantu Pengurusan GIATMARA mewujudkan suasana atau budaya kerja
yang kondusif dan produktif untuk anggota kerja GIATMARA demi mencapai
pencapaian yang terbaik.

Kelayakan :
• Pemohon mestilah warganegara Malaysia
• Pemohon sekurang-kurangnya mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang
atau Ijazah Sarjana Muda Pembangunan / Pengurusan Sumber Manusia atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
• Matang, komited, amanah dan sentiasa berfikiran jauh.
• Mampu menginterpretasi data dan kebolehan menganalisis dan membentangkan
data amat dititikberatkan.
• Keutamaan bagi calon yang boleh bekerja lebih masa dan di luar kawasan pejabat
(sekiranya diperlukan).
Calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon jawatan ini dengan
menyertakan resume, salinan sijil-sijil yang telah disahkan serta gambar berukuran
pasport kepada;

Ketua Jabatan
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
GIATMARA Sendirian Berhad
Tingkat 4, Medan Mara
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

Tarikh Tutup Permohonan pada 31 Mei 2009.

Sebarang permohonan yang diterima selepas dari tarikh tutup permohonan tidak akan dilayan.
Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang maklumbalas dalam tempoh sebulan dari
tarikh iklan ditutup, dianggap tidak berjaya

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (HRM) GIATMARA di

hrm@giatmara.edu.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top