Permohonan adalah dipelawa kepada Rakyat Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakkan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana ketetapan berikut:- Jawatan: PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
Kumpulan Perkhidmatan : SOKONGAN
Klasifikasi Perkhidmatan: PERKHIDMATAN KEWANGAN
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan Pekerja Awam adalah
tertakluk kepada syarat-syarat skim
Perkhidmatan berkenaan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang di buat ke atasnya dari semasa ke semasa.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 22 Mei 2009
CARA MEMOHON :
Permohonan hendaklah menggunakan borang yang boleh didapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi, Johor pada waktu pejabat dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau mengemukakan sampul surat berukuran 23cm x 16cm beralamat sendiri beserta setem RM0.50 atau boleh dimuat turun melalui laman web www.mdkt.gov.my dan bayaran borang permohonan hendaklah dibuat menggunakan kiriman wang pos.
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan sijil persekolahan (diakui salinan sah), kad pengenalan, dokumen-dokumen sokongan dan sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan hendaklah dihantar kepada :-
MAJLIS DAERAH KOTA TINGGI
D/A DEWAN SERBAGUNA TAMAN KOTA JAYA
JALAN DELIMA TAMAN KOTA JAYA,
81900 KOTA TINGGI
Permohonan dari pegawai-pegawai sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Penguasa Tempatan/Badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut
Perintah Am Bab “A” Bil.21.
Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.
Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
Maklumat lanjut klik sini
0 ulasan:
Catat Ulasan