CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAJLIS DAERAH KUBANG PASU

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat KDYMM Sultan Kedah dan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk
memenuhi jawatan berikut:-

PENOLONG JURUAUDIT- W27
Taraf Jawatan : Tetap (1 Kekosongan )

PEMBANTU TEKNIK LANDSKAP - J29
Taraf Jawatan :Tetap (1 Kekosongan )

PENOLONG PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT – F 29
Taraf Jawatan :Tetap (1 kekosongan)

PEMBANTU PENGUATKUASA –N 17
Taraf Jawatan : Tetap (10 kekosongan)

PENGHANTAR NOTIS – N3
Taraf Jawatan : Tetap (1 kekosongan)

JURUTEKNIK – J 17
Taraf Jawatan : Tetap (3 kekosongan)

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI ) – N17
Taraf Jawatan : Tetap (9 kekosongan)

CARA PERMOHONAN DAN SYARAT-SYARAT:

1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDKP. AM 1 (dikenakan bayaran RM 5.00 sekeping ) yang boleh didapati dengan mengemukakan sampul surat berukuran 11cm x 22cm yang beralamat sendiri dan bersetem atau datang sendiri di Bahagian Pentadbiran, Majlis Daerah Kubang Pasu, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah Darul
Aman.

2. Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab “A” 21 dan pastikan Lapuran Prestasi tahun terkini disertakan.

3. Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
(a) Gambar berukuran passport
(b) Salinan Sijil Kelahiran
(c) Salinan Kad Pengenalan
(d) Salinan Sijil Peperiksaan
(e) Lain-lain Sijil yang berkaitan.

4. SETIAP SALINAN HENDAKLAH DIAKUI SAH DAN DISUDUT ATAS KIRI SAMPUL SURAT HENDAKLAH DITULISKAN NAMA JAWATAN DIPOHON.

5. Permohonan yang tidak lengkap, tidak jelas dan tidak mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan akan DITOLAK.

6. Permohonan hendaklah sampai di alamat seperti berikut:-

Yang DiPertua
Majlis Daerah Kubang Pasu
(Bahagian Pentadbiran)
Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu
06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

7. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 MEI, 2009.

maklumat jawatan

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top