CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

KERAJAAN NEGERI SARAWAK

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

Jawatan PEMBANTU TEKNIK (AWAM)
Taraf Jawatan TETAP Kekosongan 1
Jabatan Stesen Kekosongan


(A) Lantikan terus
(a) diploma dalam bidang kejuruteraan, seni bina atau ukur bahan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(Gaji permulaan ialah pada Gred J29 : P1T2)

dan (b) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat-syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Pelantikan pegawai sedang berkhidmat:

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Teknik,Gred J29, tertakluk kepada kekosongan jawatan dan telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) (i) memiliki kelayakan di perenggan 5(a) di atas; atau
(ii)lulus Peperiksaan Badan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Catatan Catatan keterangan am:

1. Semua pemohon dikehendaki untuk mengemukakan sekeping gambar ukuran paspot, salinan kad pengenalan, sijil-sijil dan dokumen-dokumen yang berkaitan yang telah diakui sah sebelum tarikh tutup iklan ke :

Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak,
Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak,
Tingkat 9 & 10, Bangunan Wisma Saberkas,
93000 Kuching,
Sarawak.

2. Pemohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing disertakan dengan salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

3. Permohonan berikut AKAN DITOLAK jika :
(a) maklumat tidak lengkap
(b) tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan dalam iklan
(c) diterima lewat dari tarikh yang ditetapkan

4. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk ditemuduga.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawatan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

6. Tarikh tutup iklan adalah pada 24 April 2009.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top