
   
Universiti Teknologi MARA Melaka dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Kampus Universiti Teknologi MARA, MELAKA bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.
JAWATAN : PENSYARAH GRED DM 45 SECARA TETAP/KONTRAKKlasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
GUGUSAN : SAINS SOSIAL & KEMANUSIAAN
GUGUSAN : PENGURUSAN PERNIAGAAN
GUGUSAN : SAINS & TEKNOLOGI
maklumat lanjut klik disini
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
    Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
   tarikh tutup iklan jawatan.     
    Calon-calon kenaikan pangkat secara lantikan hendaklah berumur kurang dari
   54 tahun pada tarikh lantikan.     
    Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan-Badan
Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah
   disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI.     
    Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang
   telah disahkan :     
    • Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
   • Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol & Transkrip
  Akademik Terperinci)
   • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/ terdahulu
     untuk mengambilkira pengalaman kerja/Penetapan gaji
   • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan
 kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)     
    Nama bidang dan Fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas
   sebelah kiri sampul surat permohonan.     
    Keutamaan diberi kepada calon-calon yang memiliki CGPA 3.00 ke atas untuk
   Gugusan Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Gugusan Pengurusan dan Perniagaan
   dan CGPA 2.75 dan ke atas bagi Gugusan Sains dan Teknologi di peringkat
   Ijazah Sarjana Muda.     
    Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan
   berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan
   tidak akan diproses.     
Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga.
    Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh
   tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.     
Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di kampus-kampus cawangan.
    
   CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN     
    Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
   yang boleh didapati sendiri di Bahagian Pentadbiran,UiTM Melaka. Borang permohonan juga boleh diperoleh dengan melayari laman web UiTM di http://www.melaka.uitm.edu.my/borang
   
Tarikh tutup permohonan ialah pada 13 April 2009
Sila kemukakan permohonan kepada :
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA
78000 ALOR GAJAH,MELAKA
NO TEL : 06-5582000/06-5582015/06-5582016









0 ulasan:
Catat Ulasan