CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA (FINAS)


Jawatan Kosong di FINAS

PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA

Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke persada dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap/kontrak seperti berikut:

PENGAMBILAN SECARA TETAP / KONTRAK

1 JURUTERA - J52 Tetap

2 JURUTERA – J44 Tetap

3 JURUTERA – J41Tetap

4 AKAUNTAN – W44 Tetap

5 AKAUNTAN –W41 Tetap

6 PEGAWAI TADBIR – N41 Tetap

7 PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F41 Tetap

8 PEREKA – B27 Tetap

9 PEMBANTU TEKNIK – J29 Tetap

10 PENOLONG PEGAWAI TADBIR – N27 Tetap

11 PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT – F29 Tetap

12 PENOLONG JURUAUDIT – W27 Tetap

13 PENJAGA JENTERA ELEKTRIK – R22 Tetap

14 JURUTEKNIK – J17 Tetap

15 AHLI FOTOGRAFI – B17/18 Tetap

16 JURUTEKNIK KOMPUTER – FT17 Tetap

17 PEMBANTU TADBIR KEWANGAN – W17 Tetap

18 PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) - N17 Tetap

19 PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17 Tetap

20 PEMANDU KENDERAAN – R3 Kontrak

Maklumat lanjut jawatan

PERMOHONAN DARIPADA PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT

1. Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan / Badan Berkanun hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini.
2. Pegawai-pegawai yang dilantik layak menerima pelbagai kemudahan yang sedang berkuatkuasa di dalam perkhidmatan Perbadanan seperti berikut:

1. Imbuhan Tetap Keraian – mengikut gred jawatan
2. Imbuhan Tetap Perumahan – mengikut gred jawatan
3. Imbuhan Tetap Khidmat Awam – mengikut gred jawatan
4. Bantuan Sara Hidup
5. Pinjaman Perumahan
6. Pinjaman Kenderaan
7. Pinjaman Komputer
8. Rawatan percuma (pesakit luar) di Hospital/Klinik Kerajaan/Panel Doktor
9. Lain-lain kemudahan

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-...) atau dari laman web http://www.finas.gov.my . Borang salinan pendua boleh digunakan.
2. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat dengan HURUF BESAR dan dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)


2. Tarikh tutup: 6 Mei 2009 (Rabu)

CATATAN AM

1. Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.
2. Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
3. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Borang Permohonan Jawatan di FINAS 1
Borang Permohonan Jawatan di FINAS 2

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top