CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SMIDEC)



SMIDEC memerlukan anda yang berkelayakan, komited dan dinamik untuk bersama-sama membangun dan melaksanakan strategi pembangunan Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS) di Malaysia.

Jawatan Gred Jadual Gaji Taraf Jawatan
1. Pegawai Ehwal Ekonomi E48 Kontrak
2. Pegawai Undang – undang L44 Kontrak
3. Pegawai Ehwal Ekonomi E41 Kontrak
4. Pegawai Penerangan S41 Kontrak
5. Juruaudit W41 Kontrak
6. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi E27 Kontrak
7. Penolong Pegawai Perpustakaan S27 Kontrak
8. Pembantu Ehwal Ekonomi E17 Kontrak
9. Operator Mesin Prosesan Data F14 Kontrak
10. Pembantu Am Pejabat N1 Kontrak

* Butiran lanjut mengenai skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan boleh didapati di laman web SMIDEC di http://www.smidec.gov.my.

A. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan ini adalah tertakluk kepada syarat
skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang
dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

B. KEMUDAHAN DAN ELAUN
Calon yang dilantik adalah layak menerima pelbagai kemudahan dan elaun yang sedang
berkuatkuasa di dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

C. UMUR
• Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan.
• Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang daripada 54 tahun
pada tarikh lantikan.

D. CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Perjawatan SMIDEC yang boleh didapati
daripada Ibu Pejabat SMIDEC atau boleh dimuat turun dari laman web SMIDEC di
http://www.smidec.gov.my.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah/ Diploma/ Sijil atau salinan
Keputusan Peperiksaan Akhir bagi kelayakan yang disyaratkan serta salinan Kad
Pengenalan yang telah disahkan.
(c) Permohonan daripada pegawai – pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan
Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dikemukakan melalui
Ketua Jabatan masing – masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang
kemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi terkini disertakan bersama. Permohonan yang
dikemukakan tidak melalui Ketua Jabatan tidak akan dipertimbangkan.
(d) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan
di sudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON dan hendaklah
dihantar kepada :-

KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (SMIDEC)
Aras 15, West Wing, Menara MATRADE
Jalan Khidmat Usaha, Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u/p : Unit Perancangan Organisasi dan Sumber Manusia)

(e) Tarikh tutup permohonan : 22 April 2009 (Rabu).

E. CATATAN AM
• Sebarang permohonan yang lewat atau tidak lengkap, tidak akan dilayan dan dianggap
tidak berjaya.
• Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
• Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari
tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya. Tiada
makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak SMIDEC.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top