KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
"Simpanan Hari Tua Anda"
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA merupakan sebuah organisasi keselamatan sosial yang beroperasi melalui skim kumpulan wang di Malaysia. Visi kami adalah untuk menjadi sebuah oraganisasi keselamatan sosial yang terkemuka di dunia dan sebuah agensi Kerajaan terbaik di Malaysia. Melangkah ke arah tersebut, KWSP berhadapan dengan cabaran untuk membangunkan modal insan yang sejajar dengan keperluan semasa yang kompetitif. Untuk itu, KWSP mengadakan program latihan yang komprehensif serta menggalakkan kemasukan dari sektor swasta dalam memastikan KWSP dapat melaksanakan kepercayaan yang diberikan oleh Kerajaan dengan jayanya. Bagi menyokong aspirasi ini, kami memerlukan calon-calon yang berkebolehan dan bermotivasi tinggi yang berminat untuk membina kerjaya dengan kami.
PEGAWAI EKSEKUTIF-EKSEKUTIF LAMAN WEB
1.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Calon-calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :
1.1 Memiliki Diploma yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA).
DAN
1.2 Lulus Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2.0 KEUTAMAAN:
2.1 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
2.2 Berpengalaman di dalam bidang ‘content development’ untuk laman web, sistem SMS,
Kios atau seumpamanya.
2.3 Mempunyai pengalaman bekerja dengan ‘Content Management System’ (Neofission,
Wordpress, Magento, etc) dari sistem Open Source, PHP, MySQL, Javascript, html atau
seumpamanya.
LINGKUNGAN GAJI:
RM 1,869.00 – RM 4,635.00.
PEGAWAI EKSEKUTIF- EKSEKUTIF KAWALAN KAULITI
1.0 SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Calon-calon hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :
1.1 Memiliki Diploma yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau Agensi Kelayakan
Malaysia (MQA).
DAN
1.2 Lulus Bahasa Malaysia termasuk Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
2.0 KEUTAMAAN:
2.1 Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.
2.2 Berpengalaman di dalam bidang Sistem dan Kaedah atau Pengurusan Risiko Operasi
atau Audit Dalaman atau seumpamanya.
2.3 Berpengetahuan mengenai ISO 9001:2000 dan pensijilan dan semakan.
LINGKUNGAN GAJI:
RM 1,869.00 – RM 4,635.00.
CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan surat permohonan dengan menyatakan jawatan yang dipohon beserta keterangan peribadi yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip akhir, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji (jika ada), nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) selewat-lewatnya pada 31 Mac 2009 kepada:
KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 21 BANGUNAN KWSP
JALAN RAJA LAUT
50350 KUALA LUMPUR
Hanya permohonan yang LENGKAP sahaja akan diproses. Semua permohonan adalah SULIT dan hanyacalon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan calon adalah dikira TIDAK BERJAYA sekiranya tidak menerima sebarang maklumbalas dari KWSP 3 bulan dari tarikh iklan ditutup. Baca Selanjutnya..