CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG
UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
JABATAN PERDANA MENTERI

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau
Pinang (PERDA).

JAWATAN KUMPULAN GRED
1. AKAUNTAN-PENGURUSAN & PROFESIONAL W41
2. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT- SOKONGAN F29
3. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL
(TENAGA PENGAJAR SENI REKA FESYEN)- SOKONGAN J29

PERMOHONAN

a. Semua permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang PERDA AM 1 yang
boleh didapati di Pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
(PERDA) dengan menyertakan sampul surat berukuran 23cm x 10cm yang
beralamat sendiri dan bersetem 30 sen atau layari laman web
www.perda.gov.my atau datang sendiri ke Ibu Pejabat PERDA. Tarikh tutup
permohonan ialah pada 14 April 2009.

b. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)
NO. 1, LORONG KAMPUNG GAJAH 2
JALAN KAMPUNG GAJAH
12200 BUTTERWORTH

c. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan
Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 : Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan
Perkhidmatan) 2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini
serta Laporan Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

d. Permohonan yang tidak mendapat apa-apa jawapan selepas 6 bulan dari
tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top