CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

Majlis Bandaraya Ipoh

PERMOHONAN UNTUK MENGISI JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada
rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan yang berumur tidak kurang daripada
18 tahun untuk mengisi jawatan berikut:-

  • PEGAWAI TADBIR
  • ARKITEK
  • JURUTERA(ELEKTRIK)
  • PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
  • PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
  • JURUTEKNIK(AWAM)/(ELEKTRIK)
  • PEMBANTU TADBIR(KEWANGAN)
  • PEMBANTU TADBIR(PERKERANIAN /OPERASI)
  • PEMBANTU PENGUATKUASA
  • PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
  • PEMBANTU PERTANIAN
  • AHLI MUZIK
  • PEMBANTU PENILAIAN
  • PEMBANTU KESIHATAN AWAM
  • PEMBANTU TADBIR(KESETIAUSAHAAN)
CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang MBI. 1 Pind. 1/99 yang boleh didapati di
Tingkat 1, Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh dengan membawa Ijazah/Diploma
atau Sijil mengikut kelayakan yang disyaratkan. Borang permohonan yang
dikeluarkan dijual dengan harga RM2.00 setiap satu.

(b) Permohonan dari pegawai/anggota yang sedang berkhidmat di dalam Perkhidmatan
Awam hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing selaras dengan
Perintah Am Bab ‘A’ 17 dan mengemukakan bersama salinan Kenyataan Perkhidmatan
dan Laporan Nilaian Prestasi yang terkini.

(c) Calon-calon yang ingin memohon borang melalui pos hendaklah menghantar sampul
surat berukuran minima 90mm x 140mm dan maksima 165mm x 250mm beralamat
sendiri dan bersetem 50 sen serta salinan Ijazah/Diploma/Sijil yang disahkan mengikut
kelayakan yang disyaratkan beserta wang pos berjumlah RM2.00 atas nama Majlis
Bandaraya Ipoh.

(d) Permohonan hendaklah disertakan:-
(i) sekeping gambar terkini berukuran passport/kad pengenalan;
(ii) salinan Sijil, Diploma, Ijazah yang berkaitan (Disahkan);
(iii) salinan Sijil Persekolahan, (Disahkan);
(iv) salinan Sijil Berhenti Sekolah, (Disahkan);
(v) salinan Sijil Lahir dan Kad Pengenalan, (Disahkan); Dan
(vi) setem 50 sen
(e) Alamat permohonan dan tarikh tutup:-
Permohonan hendaklah dialamatkan dan sampai kepada:-

Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh
Jalan Sultan Abdul Jalil
Greentown
30450 Ipoh
{U.P.: Penolong Setiausaha (Sumber Manusia)}

Sebelum atau pada 20 Mac 2009 sebelum jam 4.30 petang dengan mencatatkan nama
jawatan di sebelah kiri sampul surat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top