CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

Universiti Malaya


IKLAN LUAR (TERBUKA KEPADA WARGANEGARA MALAYSIA)

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN-JAWATAN BERIKUT:


JAWATAN KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL (BUKAN AKADEMIK)

1. PEGAWAI KESELAMATAN GRED KP41
2. PEGAWAI SAINS (GRED C41)
3. PUSTAKAWAN GRED S41
4. PEGAWAI KEWANGAN GRED W41
5. PEGAWAI DIETETIK GRED U41
6. JURUKARTOGRAFI GRED J41
7. PEREKA GRED B41/B42

MAKLUMAT UMUM

1. UMUR:

Syarat Lantikan Terus : Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

Syarat Kenaikan Pangkat : Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
Secara Lantikan

2. TARAF JAWATAN : Tetap/Kontrak

3. KEPERLUAN BAHASA MALAYSIA:

Calon warganegara Malaysia hendaklah dalam lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau
kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


4. PENGIKTIRAFAN KELAYAKAN:

Kelayakan yang dikemukakan bagi menyokong permohonan hendaklah diiktiraf oleh Kerajaan.

5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN:

Pegawai yang memasuki perkhidmatan bagi jawatan tersebut di atas adalah tertakluk kepada syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa
serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.


CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang permohonan yang ditetapkan yang boleh di muat turun dari laman web di http://www.um.edu.my

2. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut:-

a) Resume;

b) Salinan setiap sijil (yang telah disahkan) beserta sijil asal; dan

c) Borang pengesahan Ketua Jabatan – Lampiran Y dan Laporan Penilaian Prestasidan Kenyataan Perkhidmatan (bagi pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan).

3. Empat (4) salinan borang permohonan yang lengkap diisi (berserta 4 salinan siji/lampiran dan curriculum vitae) hendaklah dihantar kepada Ketua Penolong Pendaftar, Unit Pelantikan, Bahagian Sumber Manusia, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur tidak lewat daripada 23 Mac 2009.

4. Calon yang ingin memohon lebih dari satu jawatan hendaklah menggunakan borang yang berasingan untuk setiap permohonan.

5. Permohonan berikut TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN DAN DI TOLAK:

a) tidak menyertakan dokumen yang diperlukan;
b) tidak lengkap atau jelas; dan
c) tidak memenuhi syarat kelayakan yang di tetapkan dalam iklan.


CATATAN AM

1. Calon dikehendaki mennyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

2. Permohonan yang tidak dihantar melalui saluran yang ditetapkan atau diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

3. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

4. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top