CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA



TAWARAN OLEH KERAJAAN

PROGRAM TRAIN AND PLACE SECARA PERCUMA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengikuti Program Train and Place yang dilaksanakan bagi mempertingkat dan menjamin peluang pekerjaan kepada warganegara Malaysia.

Syarat dan Kelayakan
1. Program ini terbuka kepada :

i. Pekerja yang diberhentikan
ii. Siswazah menganggur
iii. Golongan belia

2. Pemohon perlu terlebih dahulu berdaftar dengan portal JobsMalaysia di www.jobsmalaysia.gov.my

Tempoh Latihan
Latihan akan dijalankan pusat latihan yang dilantik oleh Kementerian Sumber Manusia
bagi tempoh 1 hingga 6 bulan

Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan yang disediakan seperti dilampirkan atausecara on-line melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.

Yuran Latihan
1. Yuran latihan adalah ditanggung oleh Kementerian Sumber Manusia
2. Pelatih akan diberikan elaun sara diri sebanyak minima RM500.00 sebulan.

Alamat
Borang Permohonan hendaklah dikemukakan ke alamat seperti berikut :

Ibu Pejabat
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia
Aras 5, Blok D3, Parcel D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA

Pertanyaan
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui talian 03-88889111 (Bahagian
Perkhidmatan Pekerjaan)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top