Cara momohon ialah:
- Permohonan untuk mengikuti program keguruan ini hanya boleh dibuat secara Dalam Talian sahaja melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (http://www.moe.gov.my). Calon dinasihatkan membaca dan memahami dahulu e-Panduan Permohonan sebelum membuat permohonan.
- Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia mulai 8 Mac 2009 dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor pin tersebut.
- Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
- Calon boleh mengguna nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan atau kemaskini maklumat kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
- Maklumat butiran permohonan yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Permohonan ini akan ditutup pada 22 Mac 2009.
PENDAFTARAN
Calon yang berjaya yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan bagi Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Luar Negara (PPC) ini akan mendaftar di Kolej/ Institut pada bulan Jun 2009. Tarikh yang sebenar akan dimaklumkan nanti. Calon-calon program lain yang ditawarkan tempat untuk mengikuti Kursus Persediaan akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) pada 13 Julai 2009 (Tarikh tertakluk kepada pindaan). Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon.
Daftar disini. >> http://apps.emoe.gov.my/kplspm/mohon/
0 ulasan:
Catat Ulasan