CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda


Pemohon-pemohon daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda:-

JURUTERA (AWAM) GRED J41

JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17

PEMBANTU PERTANIAN GRED G17

UMUR (PADA TARIKH TUTUP IKLAN) :

(a) Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
(b) Pegawai sedang berkhidmat yang layak untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN :Tetap

TEMPOH PERCUBAAN :

Calon-calon yang dilantik secara terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke jawatan tetap adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

PEPERIKSAAN / KURSUS INDUKSI :Mengikut skim perkhidmatan.

CATATAN AM :
(a) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
(b) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka sebagai tidak berjaya.
(c) Salinan sijil hendaklah disertakan.

CARA MEMOHON :
1. Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang MADA Am 3 yang boleh dicetak daripada Laman Web MADA http://www.mada.gov.my
2. Semua permohonan hendaklah dikemukakan kepada:-

Pengurus Besar,
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Ibu Pejabat MADA,
Ampang Jajar,
05990 ALOR STAR.
[ u.p.: Cawangan Pengurusan Sumber Manusia]

3. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun atau Kuasa-Kuasa Tempatan hendaklah membuat permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan disertakan Laporan Prestasi Tahunan dan salinan Kenyataan Perkhidmatan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 JULAI 2009. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dilayan.
NO. FAIL : MADA(A2)/PSM/502101/Jld.IV-e/(8)


Sila Klik Untuk Dapatkan Borang MADA Am 3

41

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top