CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI

IKLAN JAWATAN

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).


  1. PEGAWAI TADBIR GRED N41
  2. PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E41
  3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
  4. JURUTERA ELEKTRIK GRED J41
  5. AKAUNTAN GRED W41
  6. PEMBANTU UNDANG-UNDANG GRED L29
  7. PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F29
  8. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J29
  9. Penolong Jurutera GRED J29
  10. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27
  11. PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
  12. PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI GRED E27
  13. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27
  14. JURUTEKNIK (AWAM) GRED J17
  15. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA GRED J17
  16. JURUTEKNIK (ELEKTRIK) GRED J17
  17. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) GRED J17
  18. PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) GRED N17
  19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN GRED N17
  20. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17
  21. PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17
  22. PEMBANTU JURUAUDIT GRED W17
  23. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17
  24. PEMERIKSA KERETA MOTOR GRED A17
  25. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN GRED S17
  26. PEMBANTU EHWAL EKONOMI GRED E17
  27. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17
  28. PEMBANTU LAUT GRED A17
  29. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
  30. TUKANG K2 (ELEKTRIK) GRED R11
  31. TUKANG K2 (PAIP) GRED R11
  32. TUKANG K3 (KAYU) GRED R9
  33. PEMANDU KENDERAAN GRED R3

Umur

Syarat Lantikan Terus : Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
jawatan.

Syarat Kenaikan Pangkat : Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan
Secara Lantikan

Taraf Jawatan : Tetap

Penaklukan Di Bawah

Syarat-Syarat Skim : Pegawai yang memasuki perkhidmatan-perkhidmatan di Perkhidmatan atas adalah tertakluk kepada syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat
kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada Pegawai-Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah telah disahkan dalam perkhidmatan masing-masing dan pastikan salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) disertakan bersama. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing.

Keutamaan akan diberi kepada calon-calon yang aktif dalam bidang sukan dan pernah mewakili peringkat kebangsaan atau negeri dalam acara-acara sukan.

Panduan/Cara Memohon:

Borang-borang permohonan boleh didapati dengan melayari laman web LADA di alamat www.lada.gov.my. Borang permohonan yang telah siap diisi hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, sijil kelahiran, surat berhenti sekolah dan lain-lain dokumen yang berkaitan serta disahkan.

Setiap permohonan mestilah ditulis NAMA JAWATAN YANG DIPOHON di bahagian atas sebelah kiri sampul. Permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah dikemukakan ke alamat seperti di bawah:-

Pengurus Besar
Lembaga Pembangunan Langkawi
Tingkat 3, Kompleks LADA
Jalan Persiaran Putra
07000 Kuah, Langkawi
KEDAH DARUL AMAN
(u.p: Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan)

Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

Permohonan yang ditolak:

Tidak disertakan gambar terbaru yang berukuran passport seperti ditetapkan;

Tidak disertakan salinan dokumen yang diperlukan;

Tidak lengkap dan tidak terang;

Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;

Tidak menandatangani borang permohonan

Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 OGOS 2009. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan di talian 04-9667186/7187.

maklumat lanjut klik sini
borang permohonan klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top