CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR

IKLAN JAWATAN
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi memohon jawatan- jawatan bertaraf tetap di Majlis Bandaraya Alor Star mengikut kekosongan jawatan seperti berikut :

1 Akauntan Gred W41 1 kekosongan
2 Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 1 kekosongan
3 Pegawai Penilaian Gred W41 1 kekosongan
4 Juruaudit Gred W41 1 kekosongan
5 Penolong Jurutera Gred J29 2 kekosongan
6 Penolong Akauntan Gred W27 1 kekosongan
7 Penolong Pegawai Penilaian Gred W27 2 kekosongan
8 Pembantu Penilaian Gred W17 5 kekosongan
9 Pembantu Penguatkuasa Gred N17 30 kekosongan
10 Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi) Gred N17 2 kekosongan
11 Pengawal Keselamatan Gred KP11 5 kekosongan
12 Penghantar Notis Gred N3 8 kekosongan
13 Pemandu Kenderaan Gred R3 4 kekosongan

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

CARA-CARA MEMOHON

  1. Borang permohonan boleh dipohon daripada Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Bandaraya Alor Star, Jalan Kolam Air, 05675 Alor Star dengan dikenakan bayaran RM1.00 dalam bentuk Wang Pos ( bayar kepada: Datuk Bandar, MBAS) dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm X 11sm bersetem 30 sen dan beralamat sendiri ATAU borang permohonan boleh didapati di pejabat Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Khidmat Pengurusan MBAS, Tingkat 8, Menara MBAS (City Plaza), Jalan Kolam Air, 05675 Alor Star
  2. Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan mereka melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan Kenyataan Perkhidmatan dan Penyata Sulit Khas mengikut Perintah Am 21 Bab A, bersekali dengan Laporan Nilaian Prestasi Tahun terakhir.
  3. Borang permohonan yang telah lengkap diisi mestilah disertakan dengan salinan Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Kelayakan Akademik dan Sijil-sijil berkaitan yang diperakui sah sebagai salinan sebenar serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
  4. Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas sebelah kiri sampul surat dan alamatkan kepada :

DATUK BANDAR
MAJLIS BANDARAYA ALOR STAR
JALAN KOLAM AIR, 05675 ALOR STAR KEDAH DARUL AMAN

CATATAN AM

  • Keutamaan diberi kepada pemohon dari kalangan rakyat negeri Kedah Darul Aman.
  • Iklan Jawatan MBAS ini boleh didapati di laman web www.mbas.gov.my.
  • Permohonan jawatan kosong ini hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Majlis Bandaraya Alor Setar.
  • Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top