CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG



SENARAI JAWATAN KOSONG BUKAN AKADEMIK
( PENTADBIRAN, TEKNIKAL DAN SOKONGAN )

(Dahulunya dikenali sebagai Kolej Universiti Kejuruteraan & Teknologi Malaysia KUKTEM)
Kami adalah sebuah institusi pendidikan tinggi awam yang menjurus kepada bidang kejuruteraan dan teknikal berteknologi tinggi serta beriltizam menjadi salah satu universiti yang bertaraf dunia berasaskan teknikal mempelawa calon-calon intelektual dan cintakan ilmu untuk sama-sama menyumbang tenaga dan idea bagi melahirkan insan cemerlang dengan mengisi kekosongan jawatan di UMP.


Pegawai Teknologi Maklumat F41
Pegawai Latihan Vokasional J41
Penolong Pegawai Latihan Vokasional J29
Pembantu Perubatan U29
Pembantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional J21
Pembantu Makmal C17
Juruteknik Komputer FT17
Pembantu Penolong Pegawai Latihan Vokasional J17

PENETAPAN GAJI PERMULAAN

Gaji permulaan yang lebih tinggi pada P1 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran yang mana berkaitan.

SYARAT-SYARAT UMUM

Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.

TARAF JAWATAN

(i) Semua jawatan akan dilantik secara tetap ataupun kontrak.

CALON-CALON YANG MEROKOK TIDAK DIGALAKKAN MEMOHON

PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun kebelakang, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005, Para 17.

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN

Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara ON LINE dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan untuk mencetak Surat Pengesahan Permohonan ON LINE (selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP) dan hantar permohonan beserta dengan salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen yang telah disahkan ke alamat yang tertera di bawah. Permohonan yang tidak dibuat secara ON LINE melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

JABATAN PENDAFTAR
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
LEBUHRAYA TUN RAZAK,
26300 GAMBANG, KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.
(U/P : UNIT PERJAWATAN)


CATATAN AM

a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Pada atau sebelum 10 Ogos 2009

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top