CARIAN PELBAGAI ENJIN:

Google: Yahoo: MSN:

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)


PERBADANAN PEMBANGUNAN PERDAGANGAN LUAR MALAYSIA (MATRADE)

MATRADE merupakan agensi promosi perdagangan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) yang terlibat secara langsung di dalam menjadikan Malaysia sebagai negara pengeksport utama dunia dan berperanan untuk membantu syarikat Malaysia membangun dan mengembangkan pasaran eksport Negara. Individu-individu yang berkelayakan, berdaya saing, berwawasan, berfikiran dinamik dan yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta boleh menyumbang ke arah kecemerlangan, dijemput untuk mengisi kekosongan jawatan di Perbadanan ini.

JAWATAN KONTRAK

1 Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2 Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
3 Juruteknik Gred J17

Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mahir dalam penggunaan Bahasa Malaysia dan
Bahasa Inggeris serta mempunyai kemahiran di dalam penggunaan komputer.

TEMPOH KONTRAK
Tempoh pelantikan untuk semua calon-calon yang dilantik secara kontrak adalah selama 2 tahun tertakluk kepada prestasi kerja yang memuaskan.

KELAYAKAN
1. Terdiri daripada warganegara Malaysia
2. Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan.
3. Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah berumur kurang dari 54 tahun
pada tarikh lantikan.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dimohon melalui laman web : www.jobsmalaysia.gov.my

TARIKH TUTUP
Tarikh tutup permohonan : 17 Julai 2009

CATATAN AM
1. Sebarang permohonan yang tidak lengkap, tidak akan dilayan dan akan dianggap tidak
berjaya.

maklumat lanjut klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Portal Design By iEn © 2008 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top